Biografi D. N. Aidit

Kehidupan awal

Ia dilahirkan dengan nama Achmad Aidit di Belitung, dan dipanggil "Amat" oleh orang-orang yang akrab dengannya. Pada masa kecilnya, Aidit mendapatkan pendidikan Belanda.

Ayahnya, Abdullah Aidit, turut serta memimpin gerakan pemuda di Belitung dalam melawan kekuasaan penjajahan Belanda, dan selepas merdeka , beliau sempat menjadi ahli DPRS mewakili rakyat Belitung. Abdullah Aidit juga pernah menubuhkan sebuah organisasi keagamaan, "Nurul Islam", yang berorientasi kepada Muhammadiyah. Adapun ibu DN Aidit bernama Mailan.[4]

DN Aidit bercakap dalam kempen PKI pada Pilihan Raya Umum 1955

Apabila meningkat dewasa, Achmad Aidit menukar namanya menjadi Dipa Nusantara Aidit.[5] Setelah memberitahu hal ini kepada ayahnya, dan menyetujuinya begitu sahaja.

Dari Belitung, Aidit berangkat ke Jakarta, dan pada 1940, ia menubuhkan perpustakaan "Antara" di daerah Tanah Tinggi, Senen, Jakarta Pusat. Kemudian ia masuk ke Sekolah Perdagangan ("Handelsschool"). Beliau mempelajari teori politik Marxis melalui Perhimpunan Demokratik Sosial Hindia Belanda (yang kebelakangan berganti nama menjadi Parti Komunis Indonesia). Dalam aktiviti politiknya itu pula beliau mula berkenalan dengan orang-orang yang kelak memainkan peranan penting dalam politik Indonesia, seperti Adam Malik, Chaerul Saleh, Bung Karno, Bung Hatta, dan Mohammad Yamin. Menurut beberapa rakannya, Hatta mulanya menaruh banyak harapan dan kepercayaan kepadanya, dan Achmad menjadi anak didik kesayangan Hatta. Namun kemudian mereka bertentangan jalan dari segi ideologi politiknya.

Walaupun ia seorang Marxis dan ahli Komunis Internasional (Komintern), Aidit menunjukkan sokongan terhadap fahaman Marhaenisme Sukarno[6] dan membiarkan partiinya berkembang tanpa menunjukkan keinginan dalam merebut kekuasaan. Sebagai balasan atas sokongannya terhadap Sukarno, ia berjaya menjadi Setiausaha Agung PKI, dan kemudiannya menjadi Ketua. Di bawah kepemimpinannya, PKI menjadi parti komunis ketiga terbesar di dunia, selepas Kesatuan Soviet dan China. Ianya berjaya mengembangkan beberapa program untuk pelbagai kumpulan masyarakat, seperti Pemuda Rakyat, Gerwani, Barisan Tani Indonesia (BTI), Lekra, dan lain-lain.

Dalam kempen Pilihanraya Umum 1955, Aidit dan PKI berjaya memperoleh banyak pengikut dan sokongan kerana program-program mereka untuk rakyat marhaen di Indonesia. Dalam dekad berikutnya, PKI menjadi pengimbang dari unsur-unsur konservatif di antara parti-parti politik Islam dan tentera/ketenteraan. Berakhirnya sistem berparlimen pada tahun 1957 semakin meningkatkan peranan PKI, kesan kekuatan kuasa ekstra-berparlimen mereka. Ditambah lagi kerana penyambungan Aidit dan pemimpin PKI lainnya yang dekat dengan Presiden Sukarno, maka PKI menjadi organisasi massa yang sangat penting di Indonesia.

DN Aidit semasa memberikan sambutan pada ulang tahun ke-5 Parti Persatuan Sosialis Jerman (Sozialistische Einheitspartei Deutschlands) di Berlin (1958).

Pada 1965, PKI menjadi salah satu parti politik terbesar di Indonesia, dan menjadi semakin berani dalam memperlihatkan kecenderungannya terhadap kekuasaan. Pada tanggal 30 September 1965 terjadilah tragedi nasional yang bermula di Jakarta dengan diculik dan dibunuhnya enam orang jeneral dan seorang pegawai kanan. Peristiwa ini dikenal sebagai Peristiwa G-30-S.

Aidit dituduh sebagai dalang peristiwa ini. Dan dia akhirnya dihukum mati oleh pihak Tentera.

Kematian dan kontroversi

Terdapat beberapa versi tentang kematian DN Aidit ini. Menurut versi pertama, Aidit tertangkap di Jawa Tengah, lalu dibawa oleh sebuah batalion Kostrad ke Boyolali. Kemudian ia dibawa ke dekat sebuah telaga dan disuruh berdiri di situ. Beliau diberi masa setengah jam sebelum dijatuhkan hukuman. Masa setengah jam itu digunakan Aidit untuk membuat pidato yang berapi-api. Perkara ini membangkitkan kemarahan semua pihak Tentera yang mendengarnya, sehingga mereka tidak dapat mengawal emosi mereka. Akibatnya, mereka kemudian menembaknya sehingga mati. Terdapat versi yang lain mengatakan bahawa ia diletupkan bersama-sama dengan rumah tempat ia ditahan. Walau bagaimanapun sehingga kini lokasi jasad beliau disemadikan tidak diketahui.

Selain kematiannya, kelahiran Aidit wujud pelbagai versi. Ada mengatakan bahawa Aidit dilahirkan di Medan, 30 Juli 1923 dengan nama lengkap Dja'far Nawi Aidit. Keluarga Aidit kononnya berasal dari Maninjau, Sumatra Barat yang pergi merantau ke Belitung.[7] Namun banyak masyarakat Maninjau tidak pernah mengetahui dan mengakui hal itu.